Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ragut Wanita Ditahan...

GEORGE TOWN - Tindakan pantas polis bertindak mengejar dua lelaki yang meragut seorang...

Para ASEAN 2017 Ditutup,...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 kali kesembilan bertemakan 'Bangkit...

Bayi Dibuang Di Saluran...

Seorang bayi di daerah Suide di barat laut China berjaya diselamatkan selepas dibuang...

Rakyat Selangor Dihina, MB...

MEMANG patutlah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dihina pemimpin PAN negeri...

Lim Kit Siang Menghidap Kanser Tahap Pertama

GEORGETOWN – Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, dilaporkan menghidap kanser tahap pertama pada buah pinggang kirinya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ayahnya selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil berkenaan pada 19 Disember lalu.

“Beliau selamat menjalani pembedahan tanpa sebarang komplikasi. Doktor juga menjangkakan beliau akan pulih sepenuhnya.

“Beliau beransur sembuh daripada pembedahan dan sudah mula bersiar meregangkan kaki,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, sepanjang tempoh pemulihan, semua urusan berkaitan Parlimen Gelang Patah akan dikendalikan wakil khasnya, Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.


Katanya, Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, juga akan membantu menyelia Parlimen Gelang Patah sepanjang ketiadaan Kit Siang. – BH ONLINE

Kategori