• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dihukum Penjara Lima Tahun, Satu Sebatan

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemasang banting dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang panjang di tempat awam pada Januari lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhi hukuman itu ke atas R.Iswaran, 33, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah memiliki senjata berbahaya di tempat awam iaitu sebilah parang panjang berukuran 87 sentimeter.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jan lepas.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan itu di bawah Blok BG sebuah pangsapuri, Jalan Pandan Indah 5/20, Ampang Jaya di sini pada 10.40 malam, 8 Jan lepas mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

Ketika rayuan, peguam Mohd Izhar Ahmad Azmi yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya telah lama berada di penjara sejak ditahan reman Januari lepas selain telah insaf dan mahu memperbaiki kehidupannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya M.Arunjothy memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh mengambil kira keseriusan kes dan bagi mencegah gejala gangterisme yang berleluasa.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian seorang lelaki sedang berbual dengan keluarganya di tempat letak kereta di tepi jalan pangsapurinya dan tiba-tiba, sebuah kereta yang dipandu laju tertuduh telah melanggar lelaki itu dan keluarganya.

Selepas melanggar mangsa, tertuduh dikatakan telah keluar dari keretanya dan melibas-libaskan parang dan berkata malam ini akan ada seorang daripada anggota keluarga mangsa yang akan mati sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan beredar.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki kiri dan tangan kanannya tidak mengetahui punca tertuduh bertindak demikian kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tertuduh.

Semasa polis melakukan tangkapan, tertuduh juga mengeluarkan parang dan melibasnya ke arah anggota polis. – BERNAMA

Tags: lelakiPenjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd