Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Awal Ashaari Dedah Barangnya...

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari mendedahkan beberapa barang peribadi miliknya hilang dan dipercayai...

Hadapi Cauvinis Cina Yang...

Banyak Melayu Islam yang gilakan kesederhanaan dan liberalisme sebenarnya telah pun 'mati' lebih...

PasMa Semakin Membiak Dalam...

Ketidaksefahaman dalam kalangan pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dilihat semakin meruncing apabila larangan...

Cubaan Samun Gagal, Anjing...

CUBAAN sekumpulan lelaki untuk menyamun rumah sebuah keluarga di Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini...

Lancar Tabung Bantu Amsyar Untuk Pemindahan Hati

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Negeri Sembilan hari ini melancarkan tabung kutipan dana untuk seorang bayi lelaki berusia 13 bulan yang menderita saluran pundi hempedu tersumbat dan kegagalan fungsi hati, bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bayi berkenaan, Muhammad Amsyar Muhammad Illyas memerlukan kos sebanyak RM350,000 untuk melakukan pembedahan pemindahan hati dengan segera di Shanghai, China.

Dana yang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM128,000 termasuk daripada sumbangan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sembilan serta sumbangan peribadi beliau, kata Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

“Kita hanya ada masa sebulan sahaja lagi kerana adik (Muhammad) Amsyar telah pun mendapat tarikh untuk dibedah iaitu antara 15 hingga 20 Januari tahun depan. Saya haraplah masyarakat di negara ini boleh bantu menyumbang,” kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita selepas melancarkan tabung berkenaan di sini.

Ibu Muhammad Amsyar, Norazlinah Abdul Aziz, 35, berkata anak bongsunya daripada empat beradik itu dikesan menghidap penyakit tersebut selepas dua minggu dilahirkan.


“Dengan bantuan UMNO ini, insya-Allah dana akan dapat dicukupkan kerana kalau tidak dibedah ia akan memberi risiko kepada nyawa anak saya,” kata ibu tunggal yang tidak bekerja dan menetap di Senaling, Negeri Sembilan itu.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Norazlinah di talian 010-4007839 atau menerusi akaun Maybank 505028613765. – BERNAMA

Kategori