• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks ICQS Tebedu Akan Dinaik Taraf

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEBEDU – Kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu harus menyamai kemudahan yang ada di ICQS Entikong di sebelah Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, dua pasukan telah ditubuh bagi tujuan mengkaji perancangan untuk menaik taraf Komples ICQS Tebedu, katanya pada majlis taklimat sempena lawatan beliau di Kompleks ICQS itu hari ini

Satu ialah pasukan petugas yang dipengerusikan Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Satu lagi ialah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang diberi masa dua minggu untuk menyedia dan menyerahkan hasil kajian sama ada untuk menaik taraf atau membina Kompleks ICQS yang baharu.

Selepas menerima laporan daripada jawatanuasa teknikal itu, pasukan petugas khas akan mengambil masa dua minggu lagi untuk membuat keputusan serta menyerahkan laporan kepada Majlis Ekonomi Negara dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk peruntukan pembinaan kemudahan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Kompleks ICQS Tebedu, sempadan Sarawak dan Kalimantan, kira-kira 120 kilometer dari Kuching, Ahmad Zahid berkata kos pembinaan kompleks baharu itu akan dikongsi bersama (50-50) oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada ketua menteri Sarawak yang komited untuk naik taraf Kompleks ICQS yang sedia ada atau membina yang baharu dengan kerajaan negeri membiayai bersama 50 peratus dengan kerajaan pusat.

“Perkongsian pintar ini harus dihargai semua pihak dan saya amat berharap dapat dipercepatkan,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata lanjutan daripada rundingan tahunan ke-12 antara perdana menteri dan presiden Indonesia pada 22 Nov lalu di Kuching, mencapai kata putus untuk membuka semula ativiti perdagangan di sempadan Tebedu-Entikong setelah Perjanjian Perdagangan Sempadan (BTA) dan Perjanjian Lintas Batas (BCA) ditanda tangani oleh Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata mengambil kira potensi Tebedu-Entikong, kerajaan merancang untuk mewujudkan zon perdagangan di kawasan itu pada masa hadapan yang akan memberi manfaat ekonomi kepada penduduk kedua-dua negara.

Keputusan ini juga bakal menghidupkan semula Tebedu Inland Port kepada sebuah pelabuhan darat yang maju di samping memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di daerah Serian selain menggalakkan aktiviti di pelabuhan Kuching.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan laporan awal yang dikemukakan, didapati wujud keperluan untuk kompleks ini dibina semula dengan kemudahan infrastrutur yang baik, bilangan lorong yang lebih banyak bagi memastikan aliran trafik lancar serta sistem pemeriksaan lebih rapi bagi memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan memenuhi kehendak semasa dengan tidak mengabaikan aspek keselamatan dan pencegahan jenayah.

“Keselamatan sempadan harus ligat secara keseluruhan dan menggunakan sepenuhnya kemudahan pelabuhan darat dan mempertingkatkan perdagangan Indonesia-Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri bersetuju untuk membiayai bersama pembangunan semula Kompleks ICQS Tebedu sebagai kawasan yang dapat menjana ekonomi selain memantapkan isu keselamatan antara Indonesia dan Malaysia, khasnya di Kalimantan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ini Bukan Sekadar Pasukan, Ini Adalah Sebuah Movement” – Tunku Mahkota Ismail Bakar Semangat JDT

“Ini Bukan Sekadar Pasukan, Ini Adalah Sebuah Movement” – Tunku Mahkota Ismail Bakar Semangat JDT

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail meniupkan semangat luar biasa kepada para...

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd