• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KLIA Terima Dreamliner Pertama Ethiopian Airlines

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima pesawat Boeing 787-9 Dreamliner pertama Ethiopian Airlines (Ethiopian) yang tiba pada 10 Disember selepas penerbangan pertamanya dari Addis Ababa, Ethiopia.

Dalam kenyataan, Malaysia Airports berkata pesawat itu telah meningkatkan standard bagi pengalaman kabin Ethiopian dengan teknologi moden.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata pengenalan Ethiopian Dreamliner itu tepat pada masanya dan akan dapat menampung faktor muatan penumpang yang meningkat.

“Kami mula menerima perkhidmatan Ethiopian pada 2012. Sudah lebih lima tahun sejak kami memulakan hubungan perniagaan kami dan kami gembira untuk menyaksikannya berkembang dengan kukuh.

“Kami yakin syarikat penerbangan utama Afrika itu akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara selain pada masa sama, terus mempromosikan status KLIA sebagai hab pilihan di rantau ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ethiopian Group, Tewolde GebreMariam berkata 787 merupakan teras kumpulan pesawat dengan 20 pesawat dalam perkhidmatan.

“Pelaburan kami dalam pesawat teknologi yang terkini merupakan sebahagian daripada strategi Visi 2025 kami dan komitmen kami kepada pelanggan kami untuk menawarkan keselesaan dalam pesawat,” katanya.

787 Dreamliner dikenali sebagai kumpulan pesawat yang cekap dan paling inovatif hari ini.
Sejak 2011, lebih 600 Dreamliner telah memasuki perkhidmatan komersial, membawa hampir 200 juta penumpang di lebih 560 laluan di seluruh dunia.

Ethiopian Dreamliner kini dijadualkan untuk melakukan penerbangan dari Addis Ababa, Ethiopia ke Kuala Lumpur pada tarikh tertentu lima kali seminggu. – BERNAMA

Tags: BoeingKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd