• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pemuda MCA Calon BN Di Kerusi Seremban

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya, Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.

“Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Seremban, pada Ahad. Turut hadir ialah Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Seri King Lim Chin Fui.

Liow juga berkata MCA telah menghantar senarai pendek calonnya untuk PRU ke-14 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Pada masa sama, Liow berkata MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina sekalipun kaum itu tiada wakil dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Beliau turut mengingatkan pengundi Cina di negeri berkenaan agar tidak terpedaya dengan racun emosi yang sering digunakan oleh pembangkang untuk memancing undi.

Mengulas pemilihannya itu, Chong berterima kasih kepada MCA dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan komitmen tinggi.

“Saya mohon pengundi Seremban memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Seremban masuk ke Parlimen kerana sebelum ini tidak banyak isu-isu Seremban yang dibawa masuk ke Parlimen,” katanya.

Kerusi Parlimen Seremban kini disandang oleh Anthony Loke Siew Fook daripada DAP yang menewaskan calon MCA, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam (mendiang) dan tiga calon Bebas pada PRU ke-13. – BERNAMA

Tags: Chong Sin WoonMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd