• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi N.Sembilan Catat Peningkatan 14.7%

oleh Ahmad Albab
02/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kes demam denggi di Negeri Sembilan mencatat peningkatan 14.7 peratus bagi tempoh Januari sehingga 25 Nov lalu, apabila 2,948 kes direkodkan berbanding 2,571 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainudin Mohd Ali, bagaimanapun berkata jumlah kematian akibat denggi menunjukkan penurunan kepada 11 kes berbanding 24 kes yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sejak empat bulan lepas, kes demam denggi dicatat di negeri ini menunjukkan penurunan kepada purata lebih 20 kes seminggu, berbanding sebelum ini yang mencatat purata lebih 30 kes seminggu.

“Sejak Oktober lepas juga, tiada lagi kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ denggi,” katanya kepada pemberita pada Program Gotong-royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 2 Peringkat Negeri Sembilan di Taman Satria, Senawang dekat sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Paroi Mohd Ghazali Abd Wahid dan Pengerusi Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Negeri Sembilan, Datuk Dermataksiah Abdul Jalil.

Dr Zainudin berkata Negeri Sembilan menduduki tangga kelima mencatat kes demam denggi tertinggi di negara ini setakat 25 Nov lepas, di belakang Selangor, Wilayah Persekutuan/Putrajaya, Johor dan Perak.

“Kita jangka kes demam denggi akan mencatat peningkatan bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan, disebabkan musim hujan yang menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.

“Sebab itu, kita buat gotong-royong mega bersepadu ini untuk kita bersama-sama masyarakat setempat mengembleng tenaga menghapuskan tempat pembiakan aedes di persekitaran tempat tinggal mereka,” katanya.

Gotong-royong Mega Bersepadu Perangi Aedes anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama COMBI Negeri Sembilan itu disertai lebih 200 penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: Kes DenggiNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd