• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Dadah Punca Dibunuh Kejam Di Stesen Minyak

oleh
22/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kejadian pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada Ahad lalu adalah berpunca daripada hutang pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata polis mengenal pasti punca kejadian selepas melakukan soal siasat awal terhadap dua suspek yang ditahan di Pulau Pinang.

Katanya, polis turut mengesahkan mangsa seorang ahli kumpulan kongsi gelap, bagaimanapun tidak boleh mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki berkenaan supaya tidak mengganggu siasatan.

“Setakat ini, polis menahan 14 suspek, iaitu membabitkan 10 lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 16 hingga 26 tahun bagi membantu siasatan.

“Tujuh ditahan di Singapura membabitkan empat lelaki dan tiga wanita yang sudah dibawa masuk ke Malaysia. Semua suspek direman tujuh hari, bermula semalam hingga 27 Disember ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata Wan Ahmad Najmuddin pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Wan Ahmad Najmuddin, berkata lapan individu sudah dirakam percakapan termasuk saksi iaitu pekerja di stesen minyak di Taman Pelangi, di sini.

“Isteri mangsa masih lagi menjadi saksi utama dalam siasatan kes pembunuhan dan saya sudah arahkan pegawai penyiasat Pasukan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tumpuan pada setiap percakapannya

“Berhubung dakwaan suspek menerima habuan wang atau diupah dengan jumlah wang yang besar, masih dalam siasatan,” katanya.

Kejadian jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa maut selepas disyaki ditikam sebelum dilanggar dan digilis ketika mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian dada kiri.

Difahamkan, mangsa bersama isterinya menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak terbabit untuk mengisi angin tayar keretanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: stesen minyaktaman pelangi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd