• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Mangsa Pertama Banjir Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di Limbang menjadi korban pertama banjir di Sarawak dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bakol, Jalan Batu Danau Limbang awal pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata mangsa yang terkorban dikenali sebagai Norsiah Yusok, 52, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tedungan, Limbang manakala suaminya Buruh Sinjan , 54, terselamat ketika mereka dirempuh air deras pada pukul 2.50 pagi.

Edmund berkata ketika kejadian, mangsa bersama suami sedang dalam perjalanan dari Tedungan ke pekan Limbang dan kereta mereka terkandas dalam banjir kilat menyebabkan ia dibawa arus deras.

“Setiba bomba di tempat kejadian mendapati kereta Proton Persona yang dipandu suami mangsa telah dihanyutkan oleh air yang deras, suami mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa gagal akibat rempuhan arus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mayat wanita itu ditemui kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian.

Dalam perkembangan berkaitan, hujan lebat dari pagi semalam hingga tengah malam tadi menyebabkan tujuh kawasan di Limbang dilanda banjir kilat iaitu Kampung Tegarai, Kampung Tabahan, Kampung Pundut, Kamput Berawan, Kampung Sungai Poyan, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai dan Kampung Sembiling.

Sementara itu di bandar raya Miri, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata hujan lebat bermula pukul 10 malam tadi menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir kilat iaitu Kampung Wireless, Kampung Batu 1 dan Kampung Pujut 4.

Law berkata keadaan hujan lebat luar biasa dan air pasang menyebabkan nelayan dari Kampung Batu 1 Kuala Baram terpaksa meletakkan perahu mereka di tepi jalan untuk mengelakkan dihanyut ombak besar. – BERNAMA

Tags: BanjirGuru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd