• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar RM200 Juta Eksport Durian Sejuk Beku

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai eksport durian sejuk beku Musang King dan durian D24 mencecah sehingga RM200 juta tahun depan berbanding RM70 juta yang dicatatkan setakat ini.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata nilai itu berdasarkan jangkaan pasaran lebih meluas terutama di China dan Singapura dengan hasil promosi yang dipergiatkan serta jangkaan cuaca yang baik pada 2018.

“Tahun ini cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan hasil keluaran terbantut…kami juga berharap negara China antara negara pengeksport terbesar dapat membenarkan pengeksportan secara biji agar lebih mudah dipasarkan di lebih banyak wilayahnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemasaran Durian Musang King serta menyerahkan anak pokok Musang King di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 65 pemilik kebun dan dusun di daerah ini menerima sumbangan anak pokok itu.

Sementara itu, Badruddin berkata tanaman durian Musang King adalah antara sumber kekayaan baharu yang sepatutnya diterokai rakyat negara ini mulai sekarang kerana ia dapat memberikan pulangan yang begitu lumayan dalam tempoh lima tahun penanaman.

“Rakyat tidak perlu bimbang untuk melabur dalam pertanian ini kerana harganya terjamin…saya menyeru kepada generasi muda rebutlah peluang ini dengan cara mengkomersialkannya kerana permintaannya sangat tinggi juga dalam penghasilan produk hiliran berasaskan durian.

“Setiap pokok boleh menghasilkan kira-kira 50 biji durian dan setiap biji boleh dijual RM100, bayangkan kalau dapat jual 50 biji durian boleh menghasilkan RM5,000 bagi sepokok…ini menunjukan durian ini mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan bermula sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Badruddin berkata pihaknya juga merancang untuk menjadikan daerah Yan sebagai hab pengeluaran Musang King di negeri ini dalam tempoh lima tahun lagi.

Katanya selain mempunyai Gunung Jerai yang sesuai ditanam Musang King, persekitaran semula jadinya yang berhadapan dengan laut dan kawasan berbukit menjadikan daerah ini sesuai untuk tanaman pokok Musang King.

“…jika berjaya nanti, pelancong akan datang ke daerah Yan untuk menikmati Musang King dan sekali gus memajukan sektor pelancongan di daerah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: DURIANFAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd