• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Anggota Keselamatan, Seorang Awam Cedera

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Enam anggota keselamatan dan seorang awam cedera dalam kejadian tembakan dan letupan bom pagi ini di wilayah bergolak Narathiwat di selatan Thailand.

Penolong Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Sisakorn Kapten Kitti Jaihai berkata, kejadian pertama berlaku pada 9.40 pagi apabila sebuah kereta pacuan empat roda milik pasukan keselamatan diserang.

“Kenderaan dinaiki empat anggota Renjer ditembak individu tidak dikenali di Jalan Kampung Dahong-Kampung Bilok, Narathiwat menyebabkan kesemua mereka mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut tercedera dalam kejadian itu adalah seorang wanita tempatan yang terkena peluru sesat.

Ketua Polis Daerah Sisakorn Kol Suton Suksiwet pula berkata, keempat-empat anggota Renjer itu sedang dalam perjalanan ke pasar berhampiran untuk membeli makanan apabila kenderaan mereka ditembak.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan, katanya dan menambah, pasukan keselamatan menemukan 0 butir kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kedua yang berlaku kira-kira 30 minit selepas kejadian pertama, dua anggota Renjer cedera apabila terkena letupan bom ketika mahu bergegas ke lokasi kejadian pertama untuk menghulurkan bantuan.

Letupan bom itu berlaku tidak jauh daripada lokasi kejadian pertama.

Sementara itu, beberapa kejadian serangan khianat dan tembakan senjata api dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di selatan Thailand bermula daripada kejadian serangan terhadap sebuah lori mengangkut susu getah di daerah Yaha, wilayah Yala pada 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah.

Setengah jam kemudian, sebuah pos kawalan keselamatan di Sungai Padi, Narathiwat telah diserang individu tidak dikenali menggunakan senapang M-16 dan pelancar grenad M-79, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Pada 10 malam semalam juga, pihak keselamatan Thailand menyatakan lima butir bom meletup mengakibatkan beberapa tiang elektrik tumbang di Betong, wilayah Yala dalam serangan khianat terhadap infrastruktur di wilayah itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd