• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dicerai Suami, Upiak ‘Bangkit’ Hasil Tak Tun Tuang

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH hidupnya yang memilukan tidak membuatkan penyanyi dari seberang, Upiak Isil patah semangat untuk terus berkarya.

Sungguh sedih pengalaman yang perlu ditempuhi oleh Upiak, sehingga dia pernah dihina oleh keluarga bekas suami kerana dianggap sebagai gila!

Namun, segala pahit jerih yang dilaluinya mendatangkan seribu rahmat kerana rezekinya kini meledak-ledak selepas lagu nyanyiannya, Tak Tun Tuang tular di rantau ini meskipun karya berkenaan dihasilkan tiga tahun lepas.

“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak ada keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Upiak atau nama sebenarnya, Upiak Silvia Nanda tak menyangka bahawa lagunya itu menjadi ikutan di sini sehingga ramai yang membuat cover lagu tersebut.

“Saya tidak menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini berkat doa saya dan keluarga. Sejujurnya, saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai ke negara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga di kampung,” tambahnya lagi.

Ketika Upiak dijemput ke set program Motif Viral terbitan Thinker Studio bersama Astro, di minit terakhir kemunculannya, dia berasa sangat sebak dan terus menangis selepas kumpulan UNiKL Voice membuat persembahan lagu Tak Tun Tuang.

“Lagu ni saya buat tiga tahun lalu. Perjuangan buat lagu ni sangat banyak. Saya kumpul duit sikit- sikit untuk lagu ni. Mungkin Allah dengar susah saya. Saya tak ada duit, pinjam suami lepastu saya mintak tolong kawan-kawan.

“Tapi ada pula yang curi lagu saya diam diam. Kemudian saya mengadu dekat suami, dia taknak tolong saya. Saya berpisah dengan dia. Mungkin Allah sayang saya, sebab tu kalian semua suka lagu tu. Maksuanya kamu semua boleh terima saya,” katanya sambil menitiskan air mata.

Wanita berusia 32 tahun itu juga turut berkongsikan mengenai pengorbanan dirinya yang menangis selama tiga hari selepas ditinggalkan oleh suami dan terdapat campur tangan daripada orang ketiga serta keluarga.

“Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi,” ujar Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia.

Kini, video rasmi terbaharu Tak Tun Tuang sudah disiarkan di laman YouTube MVM Production.

Khamis lalu, telah berlangsung acara sidang media Upiak Silvia Nanda “Tak Tun Tuang” bersama dengan pihak MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama, Upiak sangat gembira apabila muziknya diterima dan turut mengakui bahawa mungkin dia akan terus bermastautin di Malaysia.

Namun dia masih perlu mengambil kira beberapa faktor yang lain kerana masih mempunyai komitmen yang lain di sana.

“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini. Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya lagi.

Selain itu, Upiak dikatakan telah mengeluarkan sebanyak 19 buah album yang setiap satu mempunyai sebanyak sembilan buah lagu.

Tapi lagu Tak Tun Tuang sahaja yang dikenali ramai sehingga ke Malaysia dan Thailand.

Kariernya sebagai penyanyi telah bermula sejak berusia 13 tahun lagi dan album pertamanya ialah ketika berusia 21 tahun.

Tak mengapalah Upiak. Walaupun hanya satu lagu yang menjadi hit, ianya secara tak langsung telah membawa nama Upiak ke peringkat yang lebih tinggi. Semuanya hasil daripada berkat usaha dan kesabaran Upiak sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: IndonesiaTak Tun TuangUpiak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd