• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBP Sarawak Anjur Karnival Kembali Ke Sekolah

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak menganjurkan Karnival Kembali ke Sekolah 2017 yang menawarkan diskaun pembelian buku teks sehingga 15 peratus.

Penolong Pengarah DBP Sarawak Ja’afar Hamdan berkata acara tahunan itu diadakan bermula Jumaat lepas (22 Dis) sehingga Ahad ini (31 Dis).

Katanya karnival bertujuan untuk memudahkan ibu bapa serta guru mencari buku teks itu diadakan di pejabat DBP Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya dekat sini bermula 9 pagi hingga 7 malam.

“Buku teks yang dijual adalah untuk Tahun Satu-Enam dan Tingkatan Satu-Lima, setiap pembelian buku teks yang diberikan diskaun 15 peratus,” katanya di sini hari ini.

Ja’afar berkata selain buku teks, karnival itu turut menjual buku-buku, kamus dan majalah.

“Pembelian buku-buku umum juga diberikan diskaun, bagi buku-buku umum yang diterbitkan tahun 2011-2013 (50 peratus); 2014-2015 (40 peratus); 2016-2017 (30 peratus); kamus (10 peratus) malahan ada majalah dijual serendah RM1.

“DBP berharap ibu bapa dan guru manfaatkan karnival ini kerana ​​​​​ inilah masa dan ruang untuk mendapatkan diskaun pembelian,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd