• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Termasuk 2 Anggota Tentera Dihukum Mati

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap lima lelaki termasuk dua anggota tentera selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian pukul di kelab snuker, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman itu terhadap anggota tentera Mohamad Hairul Abdullah, 35, dan Lawrance Masing, 33, pengawal keselamatan, M. Yogesvaran, 24, pembantu kedai, Zaidi Zainal, 32, serta penyelia kedai emas Chong Kai Weng, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kelima-lima lelaki itu didakwa mengakibatkan kematian terhadap penganggur, Mohd Yusof Abd Khalib, 26, di V-Club Snooker, No. 25&27 Jalan Intan Baiduri 10D, Taman Intan Baiduri, Sentul dekat sini antara 8.30 malam hingga 11 malam pada 1 Mei 2016.

Kelima-lima lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohamad Shariff, dalam penghakiman bertulis setebal 245 muka surat, berkata cerita kononnya kesemua tertuduh ingin menangkap penyamun dan membawanya ke balai polis adalah satu rekaan semata-mata dan mahkamah berpandangan cerita tersebut adalah satu keraguan fantasi yang tidak menjejaskan kes pendakwaan.

“Gambaran keseluruhan yang dilihat di akhir kes ini adalah tertuduh kedua hingga kelima sememangnya membelasah si mati dengan menendang, menghentak dengan kaki dan tangan secara bertubi-tubi dan sangat ganas.

“Tertuduh pertama yang turut berada di tempat kejadian secara niat bersama sengaja membiarkan perlakuan itu berlaku yang mana kecederaan parah itu lazimnya akan menyebabkan kematian. Mereka kemudian membawa keluar si mati dengan kereta dan meninggalkan isteri si mati berseorangan di luar kelab snuker itu,” katanya.

Beliau berkata sepanjang perbicaraan kes di peringkat pendakwaan dan pembelaan, mahkamah tidak nampak kewujudan orang lain selain daripada kelima-lima tertuduh.

“Tindakan kelima-lima tertuduh ini telah membatasi sifat-sifat murni kemanusiaan dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.

“Kalau pun si mati dikatakan seorang penyamun, tindakan alternatif adalah untuk dibawa ke muka pengadilan dan bukannya mengambil tindakan seolah-olah seekor harimau sedang lapar membaham mangsanya,” kata Mohamad Shariff.

Selepas penghakiman itu disampaikan, seorang daripada anggota keluarga tertuduh menangis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala semua tertuduh diwakili peguam M. Jagesh.

Seramai 17 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan termasuk kelima-lima tertuduh dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan kes berkenaan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd