• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Dibatal Jika Gagal Ikut Perlembagaan Sendiri

oleh
18/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan atau pertubuhan berdaftar yang melakukan aktiviti yang melangkaui perlembagaan pertubuhan berkenaan atau melanggar undang-undang sedia ada akan dibatalkan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan yang dilakukan RoS itu bertujuan bagi memastikan semua pertubuhan bergerak selaras dengan objektif penubuhan serta perlembagaan.

“Antara tugas RoS ialah menjalankan saringan yang teliti semasa peringkat pemprosesan pendaftaran pertubuhan. Semua persatuan dan pertubuhan tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Justeru, sekiranya terdapat aduan terhadap pertubuhan yang tidak mengikut perlembagaan pertubuhan, maka RoS akan melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan pembatalan di bawah Seksyen 13 di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Khairul Azwan Harun mengenai langkah lebih berkesan oleh agensi perundangan untuk mengambil tindakan terhadap persatuan seperti persatuan pengguna yang menjangkau batas perundangan yang dibenarkan.

Ahmad Zahid berkata terdapat 262 buah persatuan pengguna yang telah didaftarkan di bawah RoS sehingga 15 Disember lepas, daripada jumlah itu sebanyak 158 persatuan adalah aktif manakala 104 persatuan pengguna dibatalkan.

Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat penyelarasan peringkat tertinggi akan diadakan pada waktu terdekat ini yang akan dipengerusikan beliau sendiri, bagi menyelaras semua pertubuhan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan semua NGO yang berdaftar melalui RoS di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

“Langkah penyelarasan ini perlu dilakukan segera bagi memantau NGO berkenaan dan sebagai jalan penyelesaian dalam menangani masalah dalam pertubuhan tersebut.”

Ahmad Zahid berkata penyelarasan itu harus dilaksanakan berikutan wujudnya beberapa NGO kononnya memperjuangkan sesuatu isu tetapi sebaliknya menjadi kumpulan pendesak yang tidak mengikut akta pertubuhan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJabatan Pendaftaran Pertubuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Karipap Inti ‘Oksigen’, Apam Balik Kosong

Next Post

Jangan Jadikan Tanah Runtuh Lokasi Berpesta

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

Tak Perlu Timbul Lagi Isu Tuntut DAP Mohon Maaf Kepada UMNO – Zahid

08/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua...

Next Post

Jangan Jadikan Tanah Runtuh Lokasi Berpesta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd