• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: ATM Sedia Tambah Di Kelantan, Terengganu

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sehingga kini 2,500 anggota dari Briged 8 berada di lapangan termasuk di pusat pemindahan banjir di kedua- dua negeri berkenaan.

“Sekarang kita dah ada lebih 2,000 anggota yang lengkap dengan aset menyelamat dan jika ada keperluan atau keadaan menjadi buruk kita akan tambah lagi dan itu tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Kedah Drift Challenge” di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Shariff.

Mohd Johari turut mengingatkan orang ramai terjejas banjir supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turun membantu memindakan mereka ke pusat pemindahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir untuk berbuat demikian.

“Kesukaran anggota kita ialah sikap orang ramai tidak mengendahkan arahan apabila diminta berpindah kerana mereka suka tunggu saat-saat akhir. Kita tidak mahu membahayakan anggota kita sebab arahan itu dibuat pihak berwajib dan mesti dipatuhi…saya nak semua pihak memberi kerjasama dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata tapak pasar itu akan dijadikan lokasi kekal bagi acara sukan drift di daerah ini.

Katanya, beliau akan memohon peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf tapak pasar malam berkenaan supaya lebih selamat dan sesuai untuk diadakan sukan lasak itu pada masa akan datang.

“Saya juga nak jadikan program ini sebagai acara tahunan di Kubang Pasu. Saya sudah berbincang dengan Pegawai Daerah untuk kita lihat semula pelan tapak ini agar lebih selamat kepada pemandu dan penonton yang menyaksikannya.

“Tujuan kita adalah untuk memperkenalkan lagi sukan drift selain melahirkan lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam sukan berkenaan dan tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram atau gejala sosial,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMBanjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd