• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bali Isytihar Darurat ‘Sampah’, 35 Trak Dikerah

oleh
31/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pusat pelancongan Kuta di Bali sememangnya menjadi kawasan tumpuan pelbagai aktiviti termasuk luncur air dan menikmati keindahan matahari terbenam di tepi pantai.

Namun kini, garis pantainya bagaikan ‘hilang seri’ dengan timbunan sampah-sarap terutama plastik dan bungkusan makanan berselerak di tepi pantai di sebalik ancaman letusan gunung berapi Agung di pulau peranginan itu.

“Apabila saya mahu berenang, keadaan tidak begitu baik. Saya nampak banyak sampah di sini setiap hari. Sampah-sarap ini dihanyutkan ke pantai, amat ‘ngeri’,” kata seorang pelancong dari Austria, Vanessa Moonshine.

Sering digelar sebagai ‘syurga Bumi’, kawasan percutian utama Indonesia itu dengan 4.2 juta penduduk itu kini amat memalukan bagi sistem pengurusan sampah apabila disaksikan lebih tiga juta pelawat antarabangsa setiap tahun.

Republik terbesar Asia tenggara itu yang memiliki lebih 17,000 pulau ini dilaporkan sebagai negara kedua terbesar selepas China penyumbang sampah di laut de­ngan perkiraan 1.29 juta metrik tan sampah dihasilkan setahun.

Sampah plastik yang memenuhi sungai dan laut menyebabkan masalah selama bertahun-tahun seperti saluran air tersumbat di bandar, me­ningkatkan risiko banjir dan menyebabkan kecederaan serta kematian hidupan laut.

Masalah itu semakin memburuk di Bali yang terpaksa pemerintah wilayah itu mengisytiharkan ‘darurat sampah’ di sepanjang enam kilometer kawasan pantai termasuk destinasi popular di Jimbaran, Kuta dan Seminyak.

Pihak berkuasa juga telah mengerahkan 700 pekerja pembersihan dan 35 buah trak untuk operasi pembersihan kawasan pantai dan mengangkut 50 tan sampah setiap hari ke tapak pelupusan berdekatan secara berterusan.

“Pekerja berbaju hijau me­ngutip sampah setiap hari tetapi keesokannya situasi sama berlaku. Tiada siapa mahu duduk di pantai menghadap semua sampah ini,” kata Claus Dignas dari Jerman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BaliIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd