KANGAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan tiga juta keanggotaan pada 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata pada masa ini, hampir dua juta menjadi anggota sukarelawan APM dan jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang.
“Kita akan perluaskan penyertaan keanggotaan dalam kalangan penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah dan orang ramai agar matlamat ini tercapai,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis di sini, malam tadi. – BERNAMA

