Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

WHO Pilih Malaysia Buat...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia bagi menjalankan kajian menguji keberkesanan...

Wanita Tawar Khidmat Seks...

MELAKA - Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel...

Sokong IS: Arkitek &...

KUALA LUMPUR - Seorang arkitek dan seorang juruteknik masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua...

BN Umum Calon PRK...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal mengumumkan secara rasmi calon yang akan...

Akibat Ilmu Kebal, Kulit Mayat Langsung Tak Reput!

PADAH mengamalkan ilmu hitam, kulit mayat seorang lelaki di Bangkok, Thailand ini ditemui tidak reput sama sekali walaupun sudah mati selama beberapa tahun!

Sekumpulan sukarelawan telah menjumpai mayat tersebut sekitar November tahun lalu ketika mereka sedang membersihkan sebuah tapak perkuburan di Mukdahan dan penemuan itu sangat mengejutkan.

Kulit tersebut dipenuhi dengan tulisan Sanskrit bersama dengan gambar harimau, ditemui masih lagi membaluti tubuh mayat berkenaan yang kini hanya tinggal tulang sahaja.

Namun, beberapa pakar mempercayai bahawa tulisan tatu itu merupakan satu bentuk ilmu hitam iaitu mantera yang telah menjadikan kulit lelaki tersebut agak kebal serta tidak mereput.

Bagaimanapun, menurut beberapa sumber, mereka berpendapatan bahawa ilmu kebal yang dimiliki olehnya juga menjadi sebab utama kematiannya.

Sebuah pertubuhan arkeologi Thailand memberitahu bahawa berkemungkinan lelaki itu telah sakit tetapi disebabkan ilmu hitam yang diamalnya, telah menyebabkan kesukaran baginya untuk mendapatkan rawatan.

“Ilmu kebal ini menyebabkan lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan akibat radang usus yang mengakibatkan dia menderita sakit hingga mati.


“Kulit pada mayat lelaki ini dipenuhi tatu dan ia langsung tidak mereput,” kata pertubuhan berkenaan.

Selain itu, ilmu hitam itu turut melindungi lelaki tersebut daripada sebarang senjata tajam dan apabila dia mati, kulitnya maih lagi kelihatan sempurna.

Ketika pasukan arkeologi itu membersihkan kawasan perkuburan tersebut, mereka telah memuat naik beberapa keping gambar kulit lelaki tersebut ke dalam internet.

Akibat penyebaran gambar berkenaan, ramai penduduk Thailand yang mana majoritinya mempercayai ilmu hitam, berasa teruja dengan penemuan tersebut.

“Ini sangat menakjubkan. Penemuan ini bukti bahawa ilmu hitam benar-benar wujud,” kata seorang pengguna media sosial, Suriya Rachatawet. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori