• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tak Serik-Serik Rupanya…

oleh AK-47
09/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK serik dipenjara, individu yang pernah ditahan atas kesalahan sengaja menendang seorang wanita tahun lalu, melakukan perbuatan sama berhampiran jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM), kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun telah ditendang dari arah belakangnya oleh suspek ketika sedang berjalan di jejantas itu.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), suspek pada mulanya dilihat berjalan dari arah belakang mangsa yang berseorangan menggunakan jejantas itu.

Namun secara tiba-tiba lelaki itu terus menendang belakang badan mangsa dan kemudian berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Akibat daripada insiden mengejut itu, mangsa mengalami sakit di belakang badan.

Menurut BH Online, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang difahamkan baru sahaja dilepaskan daripada penjara Julai lalu atas kesalahan sama.

Kaitan: Lelaki ‘Gila’ Suka Hati Tendang Wanita Tak Dikenali

Lelaki itu pada 2016 telah menendang seorang wanita di laluan pejalan kaki ke Stesen Komuter Bank Negara. Malah, pada 2013, lelaki itu turut ditahan kerana membawa parang ke dalam BNM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Suspektendang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd