• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Didakwa Bunuh Ibu Mertua

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu mertuanya pada bulan lepas.

Lim Bu Kwang, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa membunuh Ooi Swan Hong @ Ng Swan Foong, 70, di rumahnya (tertuduh) di Taman Telok Pulai di sini, pada sebelah pagi antara 25 Okt hingga 28 Okt lepas.

Jika sabit kesalahan, Lim yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori.

Rozianti menetapkan 18 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan forensik dan laporan dari Jabatan Kimia.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abdul Aziz sementara tertuduh diwakili peguam Ethan W. H Tan dan Gerard Lazarus.

Media sebelum ini melaporkan mangsa meninggal dunia pada 3 Nov lalu, selepas seminggu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan punca kematian wanita warga emas itu adalah disebabkan kecederaan pada kepala berpunca daripada trauma benda tumpul. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd