• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuah Nama ‘Polisi’ Nyaris Disaman Polis Kini Jadi Polis

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seorang pekerja binaan di Indonesia menjadi tular setelah mendapat kerja di sebuah balai polis dan ini semua gara-gara namanya. Percaya atau tidak lelaki berkenaan bernama Polisi.

Polis dalam bahasa Indonesia disebut sebagai polisi. Pada mulanya, Polisi nyaris disaman oleh polis trafik kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Pasuruan, Jawa Timur, menurut laporan laman tempatan Tribunnews.

Namun setelah gambar kad pengenalan dirinya itu menjadi tular menerusi media sosial, pihak polis setempat “mengambil” beliau sebagai maskot polis, sebelum mendapatkan lesen memandu yang sah untuk dirinya pula.

Malah, beliau ditawarkan kerja di balai polis tersebut, lapor Merdeka.com. Polisi yang mesra disapa sebagai Mas Polisi berkata bahawa beliau sendiri pun tidak menyangka nama uniknya itu bakal membawa tuah pula.

Beliau antara segelintir rakyat Indonesia lain yang juga mempunyai nama aneh. Sebelum ini media tempatan pernah mendedahkan nama pelik termasuk Tuhan, Saiton, Nabi dan Andi Go To School, lapor laman Jakarta Post.

Baca: Kesal Nama Y, Gadis Diberi Nama Terpanjang Di Indonesia

Sebagai satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga setelah bapa beliau meninggal dunia baru-baru ini, Polisi dikatakan tidak mampu membayar kos untuk mendapatkan lesen memandu, menurut laporan laman Detik News.

Polisi yang memulakan pekerjaan baharu itu minggu ini berkata beliau berasa agak gementar. “Ia satu pengalaman baru bagi saya, saya akan cuba menyesuaikan diri dengan pejabat. Saya janji untuk melakukan yang terbaik.”

Media turut menyiarkan gambar-gambar eksklusif yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan suasana Polisi pada hari pertama lapor diri untuk kerja dan kemudian beliau berjaya lulus dalam ujian motosikal.

Sekarang beliau sudah boleh menunggang motosikal dengan sah di atas jalan raya di seluruh negara tersebut dan akan membantu para pegawai polis setempat untuk mengendalikan sesi ujian memandu pula.

Polisi kini berharap untuk menabung supaya dapat membiayai persekolahan adiknya. “Hari ini Polisi sah menjadi sebahagian daripada keluarga polis,” kata Ketua Unit Polis, Erika Putra. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd