• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokan Dadah Antara 14 Ditahan Di Teluk Intan

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang tokan dadah adalah antara 14 penagih yang ditahan dalam Op Sarang/Op Tapis Bersepadu di sebuah ladang kelapa sawit di sini, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Hilir Perak, kesemua lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 47 tahun itu ditahan dalam serbuan antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata bertindak hasil maklumat orang awam, polis melakukan serbuan dan turut merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhannya RM4,225, sebuah motosikal serta dua alat komunikasi walkie-talkie.

“Ketika ditahan, tokan dadah berusia 30 tahun itu memiliki syabu, ganja serta heroin dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Katanya, polis percaya tokan itu menggunakan walkie-talkie untuk berhubung dengan seorang rakan bagi mengawal aktiviti jual beli dadah mereka di ladang itu.

Menurut Marzukhi, 12 daripada 14 yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif morfin.

“Lapan daripada yang ditahan merupakan suspek kes mencuri buah kelapa sawit sekitar Teluk Intan,” katanya. Dalam kes berasingan, katanya seorang pengganggur berusia lewat 40-an ditahan pada Rabu lalu di perkarangan rumahnya di Chenderong Balai, dekat sini, kerana memiliki 76.5kg daun ketum.

Berdasarkan siasatan, katanya, daun ketum yang dimuatkan dalam enam beg plastik bernilai kira-kira RM2,695 itu dipercayai untuk dipasarkan di luar kawasan.

“Suspek ditahan ketika sedang memasukkan beg plastik berisi daun ketum ke dalam keretanya dan dia dipercayai melakukan urus niaga itu sejak tiga bulan lalu,” katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera

Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera

24/07/2026
0

GEMAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani ke lokasi...

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

24/07/2026
0

PAROI - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah dengan rumah ibadat bukan Islam termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd