Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Agong Beritahu Dr. M,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul...

Suami Hadiahkan Siti Elizad...

ALAHAI.. bertuah sungguh pelakon Siti Elizad kerana dia baru sahaja menerima seutas jam...

Perancis Tampil Segak Sebelum...

SKUAD kebangsaan Perancis nampaknya sudah bersiap sedia untuk beraksi dalam Piala Dunia. Mereka nampaknya...

Bekalan Untuk Gawai Dan...

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan...

TNB Buat Persediaan Pelapasan Air Empangan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan hidroelektrik miliknya menjelang musim tengkujuh ini.

Ia bertujuan memastikan proses pelepasan air di empangan itu dilakukan secara terkawal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset), Bahagian Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abd Rahman berkata, persediaan itu termasuk latihan pengungsian yang dilakukan TNB bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan.

“Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir.

“Dengan kapasiti menakung air di hulu sungai, empangan-empangan kami dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hilir setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Roslan dalam pada itu turut menegaskan kesemua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti nasional itu sedang beroperasi berada dalam keadaan baik dan selamat.

Empangan-empangan hidroelektrik TNB terletak di Tasik Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

Kategori