• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Hasrat Naikkan Had Laju Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had laju kebangsaan yang telah diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata ia berikutan statistik kemalangan jalan raya yang masih tinggi dan implikasi kos untuk menaik taraf geometrik jalan raya yang terlibat.

“Penentuan had laju sesuatu jalan itu telah diwartakan dengan mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.

“Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j,” kata kementerian itu bagi menjawab pertanyaan Dr Ismail Daut (BN-Merbok).

Ismail ingin mengetahui status perbincangan kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan untuk menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130 km/j.

Kementerian itu menjelaskan bahawa tiada perbincangan diadakan dengan JKJR berhubung perkara itu memandangkan penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini untuk menjaga keselamatan pengguna. – BERNAMA

Tags: Had LajuKementerian Kerja Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Laju Kekal 110 Kilometer Sejam

Had Laju Kekal 110 Kilometer Sejam

19/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kerajaan belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini. IKUTI CHANNEL...

Had Laju Turun 10 KM/J Esok

Had Laju Turun 10 KM/J Esok

17/01/2023
0

PETALING JAYA – Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuat kuasa 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd