Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Jerebu Indonesia Sudah Pun...

MANILA - Setelah dua negara mangsa 'tradisi' jerebu setiap tahun iaitu Malaysia dan...

Kerajaan Sedang Rangka Subsidi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan ketika ini sedang mencari mekanisme terbaik untuk merangka subsidi...

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-Hati...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan sejajar dengan mata wang...

Bajet 2016 Menepati Hasrat...

SEREMBAN - Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

SMK Tinggi Melaka Juara ‘Petronas All About Youth’

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka hari ini muncul juara pertandingan ‘Petronas All About Youth (AAY) 2017’, menewaskan 49 lagi sekolah di seluruh negara.

Pasukan sekolah itu membawa pulang hadiah utama RM50,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Dr Zainal Aalam Hassan di sini malam ini.

Pasukan SMK Tinggi Melaka menarik perhatian juri dengan projek mereka ‘HISTOMAP’, satu aplikasi mudah alih yang dicipta untuk membantu pelajar mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam bentuk peta minda.

“Kami amat berbangga dipilih sebagai pemenang tetapi kerja kami masih belum selesai.

Dengan pengiktirafan ini, kami akan terus memperbaiki projek kami untuk kebaikan masyarakat di kawasan kami,” kata ketua pasukan Muhammad Anis Firdausi Hazmi.

Selain hadiah utama, setiap anggota pasukan juga menerima Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM1,000.


Dua lagi finalis ialah SMK Sindumin dari Sabah dan SMK Lokman Hakim dari Johor.

Pertandingan AAY 2017 adalah inisiatif pelaburan sosial korporat bertujuan membentuk golongan belia dalam bidang pembangunan sosial, kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

Program yang melibatkan 1,000 pelajar Tingkatan 4 dari 50 sekolah di Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak itu memerlukan peserta menjalankan projek yang memberi kesan kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori