• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Sewa Beli PPR Di Selangor Jika BN Menang PRU14

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata PPR terlibat ialah PPR Lembah Subang 1, Kota Damansara, Hicom, Seksyen 26 di sini dan Serendah dekat sini yang ketika ini diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR.

“Sekiranya BN diberi mandat untuk memerintah Selangor kelak, saya janji program ini akan dijalankan. Kita mahu golongan berpendapatan rendah yang menjadi penghuni PPR ini dapat merasa menjadi pemilik rumah dan bukan selamanya menjadi penyewa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri yang mahu melupuskan tunggakan sewa penghuni PPR di Selangor seperti diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2018 baru-baru ini.

Menurut Noh, pemansuhan tunggakan sewa tersebut dilihat tidak mampu menyelesaikan isu perumahan rakyat dalam jangka masa panjang terutama membabitkan peluang mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

“Jika kerajaan negeri khususnya Menteri Besar (Mohamed Azmin) nak ringankan beban rakyat dan memastikan rakyat mempunyai peluang memiliki kediaman sendiri, mengapa mereka tidak umumkan sahaja skim sewa dan beli kepada penghuni PPR,” soalnya.

Pada Ogos lalu, program sewa dan beli PPR telah dilaksanakan di lima PPR bagi penyewa yang layak, iaitu di Gua Musang, Kelantan sebanyak 1,000 unit; Kampung Hassan, Hulu Selangor (300 unit); Lembah Subang 2, Selangor (1,580 unit); Ladang Siliau, Negeri Sembilan (300 unit) dan Jinjang, Kuala Lumpur (1,000 unit).

Program itu membolehkan penyewa memiliki rumah selepas membayar sewa bulanan dalam satu tempoh masa yang akan diputuskan kemudian. – BERNAMA

Tags: PRU14Tan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd