• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Sebar Berita Palsu, Konon ‘Adik’ Hilang.

oleh
04/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANUSIA zaman sekarang ni sanggup betul buat perkara yang memalukan dan tak bermoral semata-mata untuk mencari publisiti murah.

Ada juga golongan attention seekers seperti ini sanggup membuat berita palsu sehingga membuatkan orang ramai sukar untuk mempercayai jika ada yang tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang remaja lelaki dikenali sebagai Hanif Nasir telah memuat naik satu gambar di akaun Twitter miliknya yang mengatakan konon adik lelakinya telah hilang.

Kononnya, adik lelakinya telah hilang dan kali terakhir mereka bersama adalah ketika sedang makan di Sungai Ramal Food Junction, Kajang, Selangor.

Namun, selepas ditanya oleh seorang pemuda yang mungkin teman rapatnya mengenai berita itu, Hanif mula jujur mengenai hal yang sebenar.

“Hahaha tak lah, ni gambar roomate aku. Saje je nak prank,” tulis lelaki bijak itu kepada rakannya.

Rupa-rupanya ‘kanak-kanak yang hilang’ itu merupakan rakan sebiliknya. Niatnya hanya untuk mengenakan rakan biliknya semata-mata.

Tindakannya itu telah menerima kecaman daripada netizen kerana menganggap perkara seperti itu tidak sepatutnya dibuat main-main.

Namun pagi ini Hanif telah menukar akaun Twitternya kepada ‘privacy‘ agar tiada orang luar yang dapat membaca tweet ‘bijak’ nya itu.

Tindakan ‘bijak’ Hanif itu merupakan satu perkara yang tidak boleh dimaafkan. Maklumlah, orang Malaysia memang semuanya jenis bersikap ambil berat, mudah berasa simpati dan pemurah.

Jadi dengan sifat ambil berat itu, ada sesetengah netizen mengambil kesempatan dengan mempermainkan orang ramai dengan menyebarkan berita palsu seperti ini.

Kalau dibiarkan sahaja, mesti nanti makin lama, orang ramai dah tak mahu mempercayai sebarang berita mengenai kehilangan atau apa sahaja berita yang tular di medi sosial. – MYNEWSHUB.CC / AH

*Video sekadar hiasan sahaja.

Tags: cari perhatianHILANGtipuTular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd