• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Umum Palestin Akhir 2018

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Parti politik Palestin, termasuk Hamas dan Fatah, bersetuju mengadakan pilihan raya umum menjelang akhir tahun depan, menurut kenyataan bersama beberapa kumpulan semalam susulan rundingan di Kaherah.

Hamas dan Fatah menandatangani perjanjian damai Oktober lalu dalam rundingan anjuran Mesir selepas Hamas bersetuju menyerahkan pentadbiran di Gaza, termasuk sempadan lintasan Rafah, sedekad selepas merampas wilayah itu dalam perang saudara.

Kumpulan Palestin di Kaherah berkata, mereka menyerahkan pilihan tarikh akhir pilihan raya umum itu kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Parti Fatah yang mendapat sokongan Barat hilang kawalan ke atas Gaza kepada Hamas, yang dianggap kumpulan pengganas oleh kebanyakan pihak di Barat dan Israel, dalam peperangan pada 2007.

Namun bulan lalu, Hamas bersetuju menyerahkan kuasa di Gaza kepada Fatah dalam perjanjian anjuran Mesir.

Pegawai Hamas yang terbabit dengan rundingan itu, Salah Al-Bardaweel, menyifatkan perjanjian semalam itu ‘masih samar’ dan meluahkan kebimbangan ia gagal menyelesaikan isu utama seperti menarik balik sekatan dikenakan Abbas dan membuka sepenuhnya lintasan antara Gaza dan Mesir.

Rundingan juga gagal menyatakan tanggungjawab keselamatan di Gaza, yang setakat ini masih kekal di angan pasukan keselamatan Hamas. – Reuters/BH ONLINE

Tags: PalestinPilihan Raya
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum

Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah tidak bersetuju terhadap pandangan bahawa usaha menjatuhkan...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd