• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia Lebih Besar Berbanding Liga Super?

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Kami bukan pasukan pilihan. Kami hanya menang kejuaraan liga (Liga Super 2014) iaitu pertandingan kecil di Malaysia”

Demikian kenyataan berbaur sindiran Ketua Jurulatih Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor pada 4 November ini.

Menurut beliau, kejuaraan Liga Super dianggap kejayaan yang kecil di Malaysia oleh ramai pihak jika dibandingkan dengan piala-piala lain yang dianggap lebih besar.

“Di Malaysia perkara yang lebih mustahak dalam sukan bola sepak adalah memenangi Piala FA atau Piala Malaysia.

“Kami ini hanyalah pasukan yang kecil tetapi sebagaimana yang ditetapkan oleh polisi kelab kami walaupun kelab kecil tetapi cita-cita kami besar. Itu sahaja,” katanya di Facebook hari ini.

Justeru, kata Morais, JDT turun ke Stadium Shah Alam bagi menentang Kedah pada 4 November ini bukan sebagai pasukan pilihan, sebaliknya sebagai ‘underdog’.

Malah, katanya, semua sedia maklum bahawa pasukan JDT tidak mempunyai bajet yang banyak pada musim berbanding tahun lalu.

“Tetapi apa yang kami miliki dan apa yang kami capai pada tahun ini cukup untuk membuatkan kami berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest berkata, beliau berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyediakan pengadil yang adil dan ‘bersih’ untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2017.

Katanya, FAM tidak sepatutnya meletakkan pengadil yang suka memberikan kad merah apabila melibatkan sesebuah perlawanan akhir.

“Jika dilihat pada perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini melibatkan JDT dan pasukan tersebut, ada layangan kad merah kepada JDT pada separuh masa pertama.

“Perkara yang sama juga terjadi pada perlawanan akhir Piala FA melibatkan pasukan Pahang dan pasukan tersebut apabila separuh masa pertama pasukan Pahang bermain dengan 10 orang selepas seorang pemain mereka mendapat kad merah,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd