• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Durian Ditular Di Teluk Intan Palsu

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Orang ramai diminta supaya tidak percaya dengan hebahan bergambar yang ditularkan mengenai satu pesta makan durian di Teluk Intan esok kerana ia adalah palsu, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Zainol Fadzi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, menyifatkan perbuatan menular hebahan palsu sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya menerima puluhan panggilan telefon daripada kawan-kawan dan kenalan sama di luar daerah Hilir Perak dan luar negeri Perak tentang kesahihan berita yang ditularkan itu.

“Bayangkan kalau ada pihak yang percaya dan datang pada tarikh yang dinyatakan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hebahan dengan gambar memaparkan longgokan buah durian di atas kawasan seluas dua hektar yang ditularkan sejak semalam itu menyatakan satu pesta makan durian akan diadakan pukul 10 pagi esok di kawasan bendang antara Sungai Manik ke Tukang Sidin dan ia terbuka kepada rakyat Perak sahaja.

Zainol Fadzi dalam pada itu menasihati orang ramai supaya mengabaikan hebahan yang meragukan atau menghubungi penduduk tempatan untuk pengesahan. – BERNAMA

Tags: Pesta DurianTular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd