• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung UMNO 2017 Semangat Menang PRU14

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan menumpukan kepada memupuk semangat anggota parti ke arah mentaliti memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata semangat itu akan digarap dan dijelmakan menerusi perbahasan daripada para perwakilan sepanjang perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada 5 hingga 9 Dis ini.

“Selain perbahasan, saya yakin ucapan dasar Presiden ke arah itu (memenangi PRU) juga. Malah Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bertemu dengan para pembawa usul dalam memberi tumpuan kepada kemenangan parti pada PRU14.

“Isu lain yang akan disentuh sepanjang perbahasan adalah ekonomi, agama dan pendidikan, Ini perhimpunan agung parti terakhir sebelum PRU. Maka kita akan siapkan segala perkara dan persiapan ke arah memenangi PRU14. Itu yang kita akan laksanakan.

“Ini juga peluang kita untuk beramah mesra, rapatkan silaturahim sesama kita. Semua (orang) dijemput hadir nanti,” katanya dalam sidang akhbar khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC hari ini.

Seramai 5,739 perwakilan akan menghadiri perhimpunan lima hari itu membabitkan perhimpunan parti peringkat pusat (2,761), perhimpunan agung sayap parti – Wanita (994), Pemuda (992) dan Puteri (992).

Mengulas lanjut, Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata perhimpunan itu bermula pada 5 Dis dengan Taklimat Presiden secara tertutup di Dewan Merdeka diikuti perasmian serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, pada sebelah malam.

Tengku Adnan berkata pada 7 Dis, acara perasmian perhimpuan agung tahunan parti akan dimulakan dengan perbarisan dan acara menaikkan bendera parti, Sang Saka Bangsa sebagai simbolik bermulanya perhimpunan parti terbesar orang Melayu. Sehingga kini, UMNO mempunyai 3.64 juta anggota.

Mengenai liputan media, beliau berkata kira-kira 1,800 petugas media cetak dan elektronik serta online tempatan dan antarabangsa akan terlibat selepas selesai menjalani proses pendaftaran.

Perhimpunan itu turut memberi peluang kepada 350 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta selain 60 sukarelawan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) serta 63 pemerhati politik daripada 17 parti politik dari 14 buah negara, katanya.

Menyentuh persiapan perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata sehingga kini, 95 peratus persiapan telah dilaksanakan dan menunggu beberapa sentuhan terakhir.

Mengenai aspek keselamatan, beliau berkata kaedah pengenalan identiti frekuensi radio (RFID) akan digunakan dalam perhimpunan kali ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini khususnya pergerakan keluar dan masuk ke dewan-dewan perhimpunan.

Selain itu, perhimpunan kali ini turut mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 70 peratus seperti disarankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPerhimpunan Agung UMNO 2017PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd