• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 7 Tahun Kekal Terhadap Anggota Polis Wanita

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang anggota polis wanita kerana menyembunyikan maklumat aktiviti berkaitan keganasan daripada pihak berkuasa.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Koperal Jusninawati Abdul Gani terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Hakim Mohtarudin yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguamnya dalam rayuan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Jusninawati, 36, bersalah dan menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya.

Jusninawati, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, didakwa sengaja tidak memasukkan maklumat berkaitan kegiatan pengganas di ibu pejabat polis itu antara Ogos 2015 dan 22 Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Tinggi) mendapati Jusninawati bersalah atas pertuduhan itu, dan menegaskan bahawa adalah tidak munasabah bagi tertuduh, seorang anggota polis, untuk menyembunyikan maklumat seperti itu daripada pihak berkuasa.

Jusninawati diwakili peguam Faizal Rahman dan Nik Zarith Nik Mustapha manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha mewakili pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd