• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Pasar Raya Dibunuh Dalam Kejadian Samun

oleh Ahmad Albab
28/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH — Seorang pemilik pasar raya ditemukan mati dipercayai dibunuh oleh sekumpulan penyamun sebelum melarikan sejumlah wang tunai kira-kira RM80,000 di tingkat atas sebuah pasar raya di Pusat Perdagangan Jelapang, di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Sem Ah Yem, 69, ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta kesan kecederaan parah di kepala akibat dipercayai dipukul dengan objek tumpul oleh anak lelakinya berusia 20-an yang datang untuk membuka premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada anak mangsa pada jam 8 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa, yang tinggal di premis itu sejak tujuh tahun lepas, ditemui di lantai bilik tidurnya di tingkat atas pasar raya itu dalam keadaan tangan dan kaki diikat selain mempunyai dua kesan kecederaan di kepala.

“Polis turut menemui sebatang besi berukuran satu meter yang mempunyai kesan darah dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Ali, hasil siasatan mendapati sekumpulan penyamun memasuki pasar raya itu dengan memanjat bahagian belakang pasar raya sebelum memotong bumbung menggunakan alat pemotong dan turun ke tingkat atas dengan menggunakan tali.

“Selain membunuh mangsa, suspek juga telah melarikan sejumlah wang tunai anggaran RM70,000 hingga RM80,000 yang disimpan dalam peti besi di dalam pejabat di tingkat bawah pasar raya yang juga menempatkan bilik kamera litar tertutup (CCTV).

“Terdapat kira-kira 30 CCTV tetapi ia hanya menayang gambar sahaja dan tidak merakam. Bagaimanapun, terdapat CCTV berhampiran pasar raya berkenaan dan kita akan melihat semula,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, anak lelaki mangsa serta 15 pekerjanya hanya berada di pasar raya pada waktu operasi iaitu daripada jam 9 pagi hingga 0 malam.

Katanya, mangsa juga memiliki lapan lagi lot kedai di bangunan yang sama.

Sementara itu, penyelia kedai, Muhamad Husaini Abdullah Mutalib, 38, yang telah bekerja selama 22 tahun di pasar raya itu, berkata beliau tiba pada jam 7.45 pagi dan mengetahui kejadian yang menimpa majikannya itu menerusi anak lelaki mangsa.

“Tauke, dia baik dan senang bertolak ansur. Kali terakhir jumpa tauke Ahad pukul 10 malam masa tutup pasar raya.

Semalam tak jumpa tauke sebab saya cuti. Sebelum ini ada beritahu bahaya tinggal dalam pasar raya takut kalau penyamun tetapi tauke cakap kalau tidak duduk sini tiada siapa mahu menjaga kedai,” katanya.

Mangsa dipercayai tinggal berasingan dengan keluarganya dan tidur berseorangan di salah sebuah bilik di tingkat atas pasar raya berkenaan. – BERNAMA

Tags: bunuhkes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd