• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Politikkan Insiden Banjir Di Kulim

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kesal dengan perbuatan Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifudin Nasution Ismail mempolitikkan insiden banjir kecil di Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi meraih sokongan politik.

Ketua Penerangannya, Mohd. Fazil Amir Hamzah berkata, Saifudin Nasution daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada insiden banjir kilat di daerah ini untuk memburuk-burukkan pihak lain.

“Inilah ciri-ciri orang tidak tahu bersyukur sehingga lupa siapa yang merayu dan memohon bantuan daripada kerajaan pusat ketika banjir di Pulau Pinang tempoh hari.

“Sebagai Penasihat Strategik, dia harus sedar apa yang dia telah lakukan untuk menasihati kerajaan Pulau Pinang bagi mengelakkan kejadian banjir yang serupa berulang”, katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pembangkang dalam kempen politiknya sebelum ini sering mendakwa kononnya banjir di Kuala Lumpur dan Kelantan adalah akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pembangkang pada pilihan raya umum lalu malah memberi jaminan masalah banjir akan selesai dalam tempoh yang singkat jika diberi kemenangan.

Pulau Pinang yang ditadbir kerajaan DAP selepas menang pilihan raya umum itu bagaimanapun dilanda banjir paling besar dalam sejarah negeri itu baru-baru ini hingga mengorbankan beberapa nyawa penduduknya.

Banjir di Pulau Pinang yang dipercayai disebabkan kerasukan projek-projek pembangunan mewah hanya berjaya diatasi selepas kerajaan Persekutuan BN mengerakkan bantuan ke negeri itu.

Mohd. Fazil Amir seterusnya berkata, ulasan Saifuddin mengenai situasi banjir di Pulau Pinang juga diibaratkan sebagai meludah kelangit dan terkena muka sendiri berikutan banjir yang menjejaskan ratusan penduduk negeri itu membuktikan kegagalan kerajaan Pulau Pinang merangka pembangunan negeri yang mapan.

“Selesai dulu isu banjir di Pulau Pinang. Kesian penduduk Pulau Pinang selalu ditindas dengan permainan politik pembangkang yang asyik menyalahkan orang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Banjirpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd