• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

oleh Mynewshub
11/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat tetap diteruskan hari ini walaupun blok pembangkang meminta ia ditangguhkan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat hadir membentangkan sendiri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan perkara itu adalah keputusan beliau dan mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang tidak mahu mengikuti pembentangan itu diizinkan keluar daripada Dewan Rakyat.

Susulan itu sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang kecuali daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak meninggalkan Dewan Rakyat.

“Sispa nak keluar… keluar. Siapa nak tunggu… tunggu, sebab rakyat sedang melihat. Siapa yang rasa tak mahu bincang dan melihat ini penting sila keluar. Jangan bising,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya pembetangan Laporan RCI TH ditangguhkan sehingga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dapat hadir membentangkan sendiri laporan tersebut.

Mereka antaranya membangkitkan bahawa pembentangan RCI tersebut adalah di atas permohonan Perdana Menteri, jadi adalah penting untuk ia ditangguhkan sehingga Anwar dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen pembangkang turut menegaskan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk membentangkannya kerana beliau yang membangkitkan perkara itu dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata:

“Kami mendapat maklum bahawa status RCI TH hari ini hanya berstatus penerangan menteri sahaja, bukan satu pembentangan RCI yang dibahas dan diundi. Tidak ada undi pun hari ini. Jadi, tidak penting dipercepat.

“Laporan RCI ini pada hari ini saja diletakkan atas meja, memang tak ada sebut embargo dan tak jadi embargo sebab Perdana Menteri semasa PRN Negeri Sembilan berceramah mengenai laporan ini di Port Dickson, di pusat latihan tentera darat. Tidak ada embargo lagi.

“Sedangkan kami difahamkan Kabinet memutuskan laporan RCI dibentang di Parlimen dahulu, selepas itu baru dibentangkan kepada luar. Mengapa Perdana Menteri ‘bentang’ semasa PRN Negeri Sembilan? Ini adalah ‘politically motivated’

“Oleh sebab itu, tidak dapat tidak, Perdana Menteri mesti berada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar, memberi respons malah menggulung. Menteri Agama (pula) diarahkan untuk membentang ini… dia pun baru lagi kasihan dia. Yang akan menggulung Menteri Kewangan Dua.

“Jadi untuk menunjukkan Perdana Menteri seorang bertanggungjawab, kami mohon sidang ini ditangguhkan. Biarkan dia datang… kalau dia datang kita bahas. Tapi kalau tak datang, macam buat sidang media sahaja.

“Itu permohonan kami atas alasan amat tidak ‘proper’ Perdana Menteri yang meminta sidang khas atas kepentingan awam tetapi beliau tidak dapat hadir. Jadi penting Perdana Menteri hadir sidang ini,” kata. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Takiyuddin HassandesakDewan RakyatKeluarKetua Whip PNpembangkangPerdana MenteriRCISidang KhasTabung HajiTan Sri Johari AbdultangguhTHYang Dipertua Dewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

PMX Anwar Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Sidang Khas RCI Tabung Haji

PMX Anwar Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Sidang Khas RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Parlimen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd