• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Kesan Penggunaan Bahan NPS

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara kini berhadapan dengan ancaman bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) yang digunakan bagi menghasilkan dadah jenis baharu yang memberi kesan khayal lebih berbahaya daripada dadah tradisional dan sintetik.

Mendedahkan hal ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata setakat ini daripada 800 NPS yang digunakan di luar negara, 27 NPS telahpun berjaya dikesan penggunaannya di negara ini dan tujuh daripadanya digazetkan di bawah Akta Racun 1952.

“Kebanyakan NPS dihasilkan dalam bentuk pil atau kapsul boleh menyebabkan individu yang mengambilnya menjadi aktif luar biasa, agresif dan berkelakuan tidak ubah seperti orang gila atau “zombie”.

“Ancaman NPS ini begitu cepat berkembang dan salah satunya ialah dadah baharu jenis Flakka yang tular di laman sosial baru-baru ini namun setakat ini kita tidak mengesan dadah Flakka di negara ini,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya antara bahan NPS untuk menghasilkan dadah yang dikesan melalui ujian oleh Jabatan Kimia adalah Mephedrone, Methylone dan N-Benzylpiperazine.

Mohmad berkata ancaman dadah bentuk baharu ini dipercayai dihasilkan oleh ahli kimia yang menyalahgunakan ilmu pengetahuan dengan mencipta dadah hingga mampu mengubah ‘trend’ dadah tradisional dan sintetik kepada penagihan dadah NPS.

“Sebelum ini, rampasan dadah tradisional berkurangan kerana penagih berubah kepada pengambilan dadah sintetik seperti syabu, pil eramin 5, pil ecstasy dan lain-lain…saya melihat NPS akan ambil alih dadah tradisional dan sintetik dalam beberapa tahun lagi.

“Jadi semua pihak perlu memainkan peranan termasuk mengadakan kempen bagi memberikan kesedaran kepada generasi muda kerana harga dadah NPS dijangka lebih murah dan mudah diseludup berikutan berbentuk kapsul atau pil yang sukar dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata kewujudan dadah NPS merupakan cabaran begitu besar bagi JSJN dalam mengawal dan menghapuskan dadah yang dikenali dengan nama-nama saintifik itu berikutan ia menyerupai bentuk ubat-ubatan.

Mohmad berkata pihaknya menjalin kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia yang mempunyai kepakaran untuk menentukan sama ada pil yang dirampas dadah jenis NPS atau sebaliknya.

“Namun, penguatkuasaan dan pemulihan sahaja tidak mencukupi tetapi kesedaran kepada masyarakat dari pelbagai institusi terutamanya keluarga dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

“Mereka perlu memainkan peranan dan melaksanakan tugas secara bersama dalam mengekang masalah dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohmad Salleh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

8 Ditahan Ditahan Disyaki Sindiket Dadah Antabangsa

12/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan penahanan lapan suspek termasuk seorang anggota...

Polis Rampas 4 Pistol, 151 Peluru Pengedar Dadah

09/12/2017
0

GEORGE TOWN - Polis menahan sepasang suami isteri dan kakak angkat mereka serta merampas dadah dan empat pucuk pistol bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd