Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Nafi Bunuh...

DUBAI - Arab Saudi menafikan bahawa Jamal Khashoggi dibunuh di dalam konsulat negara...

Mayat Wanita Di Cyberjaya:...

SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu,...

Datuk Seri Jual Duit...

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan...

Polis Kenal Pasti Suspek...

MELAKA - Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama berhubung kes pelajar Universiti...

8 Ditahan Ditahan Disyaki Sindiket Dadah Antabangsa

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan penahanan lapan suspek termasuk seorang anggota polis berpangkat rendah hasil daripada enam serbuan di ibu negara dan sekitar Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata serbuan itu juga menyaksikan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000 antaranya syabu, ketamin, ganja, pil erimin 5 dan ekstasi selain wang berjumlah RM2.1 juta yang dipercayai hasil penjualan dadah.

Mereka yang berusia antara 32 dan 59 tahun ditahan hasil serbuan bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bermula Rabu lepas sehingga semalam.

“Anggota polis berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Setapak itu dipercayai berperanan sebagai orang perantara dan mengedar dadah secara kecil-kecilan namun hasil ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata turut ditahan termasuk sepasang kekasih yang dipercayai dalang utama sindiket itu di sebuah kondominium di Bandar Baru Seri Petaling di sini.


Menurutnya turut dirampas ialah lapan kenderaan pelbagai jenis, barang kemas serta 50 butir peluru.

Katanya kelapan-lapan individu itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya. – BERNAMA

Kategori