• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 4 Pistol, 151 Peluru Pengedar Dadah

oleh AK-47
09/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan sepasang suami isteri dan kakak angkat mereka serta merampas dadah dan empat pucuk pistol bersama 151 peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Idaman, Simpang Ampat dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pasangan suami isteri yang ditahan dalam serbuan pukul 3 pagi itu masing-masing berusia 33 dan 38 tahun manakala kakak angkat mereka berumur 59 tahun, dadah yang dirampas pula bernilai RM11,500.

“Dadah yang dirampas hasil pemeriksaan ke atas rumah milik lelaki yang berada bawah pengawasan polis kerana kesalahan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) itu, ialah heroin seberat 573.9 gram dan ketamin 26.7 gram,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga menemui empat pucuk pistol semi auto jenis Barreta, Colt MFG, Compact Cz 75D dan Cz 2075 serta 151 butir peluru hidup pelbagai jenis dan tiga pasang gari serta kunci di rumah.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif suspek memiliki pistol dan gari, namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan jenayah serta kegiatan pengedaran dadah, katanya.

“Kami percaya suspek bukan sahaja terlibat kegiatan jenayah di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain dan tidak menolak kemungkinan dia menggunakan pistol dan gari untuk menyamar sebagai anggota penguat kuasa.

“Kami juga sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan pistol, peluru dan gari namun tidak menolak kemungkinan ia dari negara jiran,” katanya.

Mohmad berkata lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai suspek utama dan turut memakai Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) itu merupakan pengedar dadah yang aktif di sekitar Pulau Pinang sejak beberapa bulan lepas dan dia juga positif dadah.

Beliau berkata lelaki itu yang mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah itu dipercayai bergerak sendiri dalam kegiatan pengedaran dadah dan menjadikan rumahnya sebagai lokasi menyimpan serta membungkus semula dadah. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Seri Mohmad Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd