• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kutuk Wan Azizah Tinjau Jauh Mangsa Banjir

oleh
07/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIKAP tidak pihatin Pakatan Harapan terhadap mangsa bencana bukan lagi asing. Ketika banjir besar di Kelantan dua tahun lalu, tentu ramai masih ingat bagaimana sikap ‘unik’ mereka sendiri.

Antaranya ialah gambar ketua umum PKR, Anwar Ibrahim ceria berbasikal di kawasan berbukit di New Zealand manakala pemimpin DAP, Lim Guan Eng pula enak menikmati makanan dalam tren laju antara London dan Paris.

Kelmarin, Ahli Parlimen DAP Gelugor, Ramkarpal Singh dimaki oleh rakyat kawasan beliau memandangkan baru muncul ketika banjir sudah surut dan mendakwa konon beliau tiada kuasa untuk memohon bantuan pihak bomba.

Baca: Mereka Di Dataran Merdeka! Ada Banjir Ke Di Situ?

Kini tular pula gambar eksklusif Presiden Pakatan Harapan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam hanya lawat mangsa dari dalam keretanya sambil melambai tangan. Tindakan tersebut dilihat sebagai tidak bertimbang rasa.

Ketika mangsa sedang sedih ditimpa musibah, sepatutnya mereka dihampiri dan dibantu, bukan melambai tangan dari dalam kenderaan atau sekurang-kurangnya turun bersalaman menzahirkan simpati dengan perasaan ikhlas.

Memetik portal Keadilan Daily, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuma merakamkan penghargaannya kepada kerajaan Selangor yang menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang.

Baca: PH Lebih Sibuk Isu Anwar Banding Banjir Di P.Pinang

Kini Wan Azizah cuba memberitahu Malaysia bahawa beliau mendekati rakyat Pulau Pinang yang dilanda bencana tetapi hanyalah dari dalam kereta pacuan empat rodanya sahaja atau mungkin disebut sebagai Wan Azizah Style.

Inilah berlaku apabila rakyat tidak pernah dalam hati mereka sebaliknya beliau kemudian lebih sibuk bergegas ke ibu negara untuk berarak di Dataran Merdeka memperingai 1,000 hari suaminya dipenjarakan atas kes liwat.

Tidak hairanlah tindakan bersahaja Wan Azizah itu dikutuk ramai netizen sebagai tidak prihatin dengan kawasan sendiri terutama penduduk kampung yang bersusah payah mengundi dirinya dalam beberapa pilihan raya umum.

Baca: Kerajaan BN Dituduh ‘Gila’ Itulah Datang Bantu P.Pinang

Ini jauh berbeza dengan penampilan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘turut padang’ dalam keadaan memakai but untuk bersalaman sendiri dengan setiap mangsa banjir.

Beliau dengan berpakaian kasual bahkan tidak kekoh bertanyakan khabar sambil hulur sumbangan kepada ratusan mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara ketika meninjau suasana pasca bencana berkenaan hari ini.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas akibat banjir terburuk dalam sejarah dan ada kawasan ditenggelami hingga semeter ekoran hujan lebat sejak petang Sabtu yang turut meragut tujuh nyawa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Permatang PauhWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

BN Guna Strategi Baharu Tarik Pengundi Permatang Pauh

BN Guna Strategi Baharu Tarik Pengundi Permatang Pauh

05/11/2022
0

BUKIT MERTAJAM : Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh bakal memperkenalkan strategi baharu membabitkan empat isu utama di kawasan itu sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd