• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati ALLAH.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anwar dalam catatan di laman Facebook memaklumkan mereka amat berbesar hati menerima jemputan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Persandingan Diraja putera baginda berdua yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada Ahad.

“Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati ALLAH SWT,” tulis beliau yang turut memuat naik beberapa keping gambar istiadat persandingan tersebut.

Menerusi catatan itu, Anwar juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan pemimpin ASEAN lain yang hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas.

Bernama-

Tags: Anwar Ibrahimputera mateenWan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd