• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nadma Berada Di Lokasi Banjir Selaras Pemindahan, Bantuan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah bersiap sedia dan berada di kawasan-kawasan banjir dan lokasi berpotensi berlakunya bencana itu di negeri-negeri Pantai Timur untuk menyelaras keperluan pemindahan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan amaran awal telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca dan risiko kemungkinan berlaku banjir.

“Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran awal pada kawasan-kawasan yang dijangka berlakunya banjir tujuh hari lebih awal atau lima hari lebih awal dan tiga hari lebih awal.

“Nadma telah berada di kawasan-kawasan berkenaan dan mereka telah menyelaraskan dengan semua agensi berkaitan dalam menyediakan bantuan yang sesuai,” katanya kepada Bernama di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau ditanya perkembangan dan kesiapsiagaan kerajaan untuk menghadapi banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Timbalan Perdana Menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kini berada di kawasan banjir berkenaan bagi memantau serta melakukan penyelarasan usaha-usaha pemindahan.

Menurut laporan keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur, sebanyak 2,459 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di Kelantan manakala seramai 1,173 mangsa dipindahkan di Terengganu setakat tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiNADMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd