• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Morais Idam Piala Malaysia Bersama JDT

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengimpikan pengakhiran musim yang bergaya dengan menjuarai Piala Malaysia apabila anak-anak buahnya bertemu juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, esok.

Bagaimanapun warga Portugal berusia 57 tahun itu yang membimbing skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super empat musim berturut-turut, sedar cabaran yang bakal diberikan pasukan Lang Merah dalam dua pertemuan antara kedua-dua pasukan, musim ini.

JDT tewas 4-5 kepada Kedah dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin pada 20 Jan dan pertemuan kedua dalam Liga Super di Stadium Darul Aman menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

“Perlawanan akhir adalah berbeza sekali dan pastinya, kami akan memberikan yang terbaik untuk memenangi piala ini yang kami tidak pernah menang tetapi Kedah sudah pasti mahu mempertahankan piala ini yang dimenangi mereka musim lepas,” katanya dalam sidang media praperlawanan di venue itu di sini hari ini.

Morais berkata biarpun dengan ketiadaan pertahanan tengah Marcos Antonio dari Brazil berikutan kecederaan lutut yang serius, beliau yakin pemain lain seperti Aidil Zaquan Abdul Radzak dan Mohd Fadhli Shas akan mampu menggalas tugas menghentikan serangan Kedah diketuai oleh dua pemain importnya – Liridon Krasniqi dari Albania dan warga Brazil, Sandro da Silva.

Antonio tidak dapat bermain sehingga akhir musim ini selepas mendapat kecederaan itu semasa perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Larkin.

Dalam pada itu, Kapten JDT, Safiq Rahim berharap dapat mendakap Piala Malaysia setelah sekadar muncul naib juara ketika bersama Selangor pada 2008 dan JDT pada 2014.

Beliau menegaskan moral rakan sepasukan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi perlawanan itu.

“Ini kali ketiga saya beraksi di final Piala Malaysia bersama dua pasukan berbeza dan saya harap tuah menyebelahi pasukan JDT untuk memenangi Piala Malaysia pada kali ini.

Saya tak kisah sama ada perlawanan ditamatkan dalam masa penuh 90 minit, masa tambahan 30 minit atau dibawa ke sepakan penalti kerana yang lebih penting adalah kita dapat keputusan yang positif,” kata perancang tengah skuad Harimau Malaya itu.

Pada masa yang sama, Safiq turut mengingatkan rakan sepasukan untuk memberi perhatian kepada kesemua pemain Kedah yang mampu mengancam benteng pertahanan JDT.

“Semua pemain Kedah ada kelebihan masing-masing dan saya harap rakan sepasukan dapat beraksi sebagai satu unit yang mantap…kalau kita beri ruang, mungkin Kedah akan menggunakan kesempatan tersebut untuk membolosi gawang kita,”katanya. -BERNAMA

Tags: JDTUlisses Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd