• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MDEC, Jakim Sedia Rangka Kerja IDE Modal Teroka Islam

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) akan menyediakan rangka kerja Ekonomi Digital Islam (IDE) yang komprehensif yang meneliti pembiayaan modal teroka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Yasmin Mahmood, berkata rangka kerja tersebut akan menggabungkan rangka kerja pematuhan halal dan Syariah, rangka kerja pembiayaan, rangka kerja peraturan IDE dan rangka kerja operasi perniagaan halal.

“Pada masa ini, terdapat banyak syarikat pemula niaga yang membangunkan produk dan penyelesaian khusus bagi pasaran Islam, yang kini bernilai US$3 trilion.

“Kami berharap dapat menarik banyak lagi syarikat pemula niaga dari seluruh dunia untuk datang ke sini dan membangunkan penyelesaian dari Malaysia untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran global,” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di sini.

Pada masa ini, Malaysia hanya menggubal rangka kerja bagi pemodal teroka konvensional.

Yasmin berkata rangka kerja IDE akan dibangunkan melalui kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Hall Amanie Sdn Bhd, susulan pemeteraian perjanjian tiga pihak sempena WIEF semalam.

Pertukaran dokumen itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pensijilan halal Jakim bagi farmaseutikal, makanan dan minuman, kosmetik dan barangan lain terkenal di peringkat global.

“Kini, kami mahu memperluaskan pensijilan halal (dalam perkhidmatan). Ia (rangka kerja IDE) akan meningkatkan pasaran halal Malaysia dan menjadi peneraju dalam pasaran Digital Islam global,” katanya.

Yasmin berkata pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut menyasarkan untuk menyiapkan rangka kerja itu pada suku pertama tahun depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Yasmin MahmoodIDEJakimMDeC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd