• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Tebus Kecewa, Aziz Harun Sanggup Cuti Setahun

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU Senyum menjadi single pembuka tirai Aziz Harun dalam pembabitannya dalam industri muzik tanah air.

Oleh kerana sejak dua tahun lalu, ramai bakat baharu yang muncul memeriahkan lagi industri, Aziz akui dia terpaksa menyusun semula strategi bagi menaikkan semula namanya yang seakan-akan ‘hilang’ daripada radar sejak kebelakangan ini.

Menurut anak kelahiran Brunei ini, ‘kehilangannya’ itu kerana fokus dan perhatian yang diberikan dalam bidang akademik yang diambilnya.

Namun, demi merealisasikan impiannya menjadi seorang penyanyi yang terkenal, Aziz mengambil keputusan untuk bercuti selama setahun dari bidang akademik.

Khabarnya penyanyi remaja ini akan menetap di Kuala Lumpur mulai bulan ini.

“Saya mengaku kerjaya seni saya tergendala kerana masih belajar, jadi saya perlu beri perhatian kepada pengajian.

“Bukanlah saya tidak mengambil serius, namun saya perlu berulang-alik dari Brunei ke Malaysia bagi menghabiskan pengajian A Level,” katanya dipetik BH Online.

Sebagai permulaan, Aziz kini kembali dengan single terbaharu berjudul Jangan. Aziz dikatakan akan memberi fokus yang lebih terhadap single tersebut untuk menebus kekecewaan terhadap dua singlenya yang terdahulu.

Akuinya, lagu-lagu nyanyiannya selepas single Senyum kurang mendapat sambutan selepas kejayaan single pertamanya mampu mencapai tiga juta tontonan di YouTube.

“Saya sedar single selepas Senyum termasuk Mama yang menyaksikan saya berduet dengan Elizabeth Tan agak kurang dimainkan di radio. Ketika itu, saya sibuk berjuang dengan pengajian.

“Kali ini, sudah tentu saya mahu lakukan yang terbaik untuk lagu Jangan,” ujarnya.

Karya terbaharunya itu hasil ciptaan Romeo dan The Faithmen. Lagu tersebut dikatakan sedikit berbeza kerana rentak R&B yang ditonjolkan dianggap dekat dengan cita rasa muziknya.

Setakat ini, video muzik lagu Jangan telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube sejak September lalu.

Lagu ini turut menjadi runut bunyi atau official sound track (OST) bagi drama lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong iaitu Awak Suka Saya Tak? – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Aziz HarunJangansenyum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aziz Pilih Menetap Di Malaysia Demi Muzik

25/03/2018
0

MINAT mendalam terhadap muzik yang dimiliki penyanyi asal Brunei Darussalam, Aziz Harun, membuatnya terpaksa memujuk ibu bapanya supaya mengizinkan dia...

‘Trauma’ Suara Sumbang, As’ad Tolak Tawaran Armada

25/01/2018
0

NYANYIAN sumbang ketika program Dahsyat terbitan negara seberang, telah membuatkan penyanyi As'ad Motawh bagaikan trauma dengan kejadian itu. Kini sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd