• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Pelajar IPT Jadi Mangsa Rogol Di Shah Alam?

oleh
12/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEWASA ini, kes jenayah berat di negara kita semakin hari semakin kompleks dan agak sukar untuk dikesan. Kes rogol adalah salah satu daripadanya.

Setiap hari ada sahaja berita berkaitan serangan seksual yang muncul di dada akhbar dan layar televisyen sehingga menimbulkan rasa gerun dalam masyarakat khasnya golongan gadis.

Sebelum ini, Malaysia digemparkan dengan berita kes seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan menjadi mangsa rogol dan samun.

Baca: Konon Tanya Arah, Pelajar IPTA Kena Rogol Dan Samun

Terkini, tular pula menerusi laman Twitter dan Facebook satu lagi kes rogol yang membabitkan pelajar IPT.

Perkongsian yang dimuat naik oleh netizen dikenali sebagai Fatin Ahmad Nizam itu mengatakan seorang lagi pelajar menjadi mangsa rogol di Menara U2, Shah Alam, Selangor.

Menurut perkongsian tersebut, Fatin memaklumkan mangsa telah dirogol di kediamannya sendiri yang terletak di lokasi berkenaan.

Berdasarkan screenshot perbualan menerusi aplikasi WhatsApp tersebut, pengguna yang dikenali dengan nama Dini menceritakan kronologi kejadian.

Mynewshub difahamkan, insiden pemerkosaan ini berlaku ketika mangsa yang namanya tidak didedahkan pulang ke rumah secara bersendirian.

Sewaktu mangsa sedang membuka pintu, dia telah didatangi oleh lelaki tidak dikenali yang bertindak luar jangkaan dengan mengejar lalu masuk ke dalam rumah dan merogolnya.

Bukan itu sahaja, malah Dini turut memberitahu sebelum ini rakan sebiliknya juga hampir menjadi mangsa lelaki ‘binatang’ berkenaan.

Susulan perkara itu, Dini tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah individu yang sama terlibat dengan kes rogol membabitkan seorang lagi pelajar di perhentian bas, Seksyen 7 sebelum ini.

Bagaimanapun hasil tinjauan daripada beberapa sumber, Mynewshub mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang ditemui mengenai kejadian tersebut.

Setakat ini, kesahihan mengenai berita kes ini masih lagi tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun wanita diseru agar lebih berhati-hati dan elakkan berjalan seorang diri terutamanya ketika waktu malam bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: dirogolkes rogolKes Rogol RemajaPerogolrogol
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

Anak Wakil Rakyat Pembangkang Ditahan Kes Rogol Gadis Bawah Umur

Anak Wakil Rakyat Pembangkang Ditahan Kes Rogol Gadis Bawah Umur

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd