Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Wanita Buat Onar, Lepas...

PENUMPANG sebuah bas 'dihidangkan' dengan habuan mata yang menjijikkan apabila seorang wanita tanpa...

SPR Nasihat Pengundi Rancang...

KLANG - Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dinasihatkan merancang...

Mayat Reput Dalam Kotak...

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut...

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu...

Konon Tanya Arah, Pelajar IPTA Kena Rogol Dan Samun

KAUM wanita sering menjadi sasaran hawa nafsu syaitan lelaki yang tidak bertenggungjawab.

Semalam, tular di aplikasi Whatsapp mengenai kisah seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam, Selangor menjadi mangsa rogol dan samun.

Menerusi pesanan ringkas yang tular di aplikasi Whatsapp semalam, mangsa dikatakan sedang berseorangan ketika itu dan sedang menuju ke sebuah hentian bas sebelum dia didatangi oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata suspek dikatakan berpura-pura bertanyakan arah kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam keretanya.

Menurut sebuah portal tempatan, mangsa telah dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan telah dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian di tempat kejadian.

Tambah Shefien lagi, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Mangsa bukan sahaja dirogol, malah suspek turut merampas wang tunai sebanyak RM100 dan telefon bimbit gadis itu.


“Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek.

“Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu rompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah,” katanya dipetik daripada sebuah portal tempatan.

Mangsa telah dibantu oleh kakaknya untuk membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian hitam itu.

Orang ramai telah diminta untuk berhati-hati ketika berada di luar rumah, lebih-lebih lagi apabila bersendirian. Penjenayah kini tidak mengira waktu, siang atau malam, pasti mereka tak akan melepaskan peluang untuk melakukan jenayah. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori