• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tekad Tingkatkan Ekonomi Negara

oleh Ahmad Albab
04/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Kejayaan Projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) mencapai sasaran penyertaan lebih 1,500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah petanda baik dalam meningkatkan ekonomi rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata DFTZ yang dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu daripada usaha kerajaan dalam mentransformasikan platform digital untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Dalam Bajet 2018 juga ada diperuntukkan RM100 juta bagi mempertingkatkan program e-Keusahawan dan e-Rezeki dan kita haruslah berbangga dengan adanya DFTZ selepas setahun perbincangan kerajaan Malaysia dengan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

“Ini membuktikan kita amat fokus dalam mempromosikan ekonomi digital. Insya-Allah dengan beberapa lagi pengumuman bajet minggu lalu, tahun depan kita akan berusaha dengan lebih giat dalam mempromosikan ekonomi-ekonomi digital,” katanya kepada pemberita di sini pada Majlis Gotong Royong bersama pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Terengganu di Kampung Teris, hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan fasa pertama DFTZ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis Park iaitu hab e-Penunaian serantau pertama Kumpulan Alibaba di luar China yang turut disempurnakan Jack Ma.

Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata beliau menjangkakan akan berlaku peningkatan syarikat PKS yang akan menyertai DFTZ di mana semalam hampir 2,000 PKS menyertai DFTZ yang melebihi sasaran asal 1,500.

“Kita yakin kerana di luar bandar khususnya di Hulu Terengganu ini sendiri masih ramai usahawan PKS yang belum menyertai DFTZ. Kita kerap turun padang bagi mempromosikan program-program berkaitan dengan internet dan dalam melaksanakan fungsi keseluruhan Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat penghubung program keusahawanan dalam talian itu sendiri.

“Contohnya hari ini di Kampung Teris, Hulu Terengganu..mereka ada mengusahakan produk tempatan iaitu Kerepek Pisang Manis yang ada nilainya untuk dipasarkan terutamanya di luar negara. Buat masa sekarang, ia hanya untuk pasaran tempatan sahaja dan kita harus ambil peluang dengan Pusat Internet 1Malaysia yang merupakan satu infrastruktur diwujudkan oleh kerajaan.

Tambah beliau, tidak mustahil jika produk tempatan berkenaan boleh dilancarkan ke pasaran luar negara dengan adanya platform DFTZ yang menghubungkan sesebuah kawasan luar bandar terus ke negara luar seperti China. – BERNAMA

Tags: DFTZKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd