• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Internet, Faktor Penentu Dalam Pilihan Raya – Salleh

oleh Ahmad Albab
19/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangkan politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik.

Salleh berkata penggiat politik mula menggunakan Internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan umum namun 10 tahun kemudian, rakyat Malaysia menyedari tentang impak internet dalam mempengaruhi undi.

Dalam catatan terbaru blognya, bendahari UMNO itu memetik kenyataan jutawan media Rupert Murdoch yang menyatakan bahawa menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak akan menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi.

“Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050,” kata Salleh sambil menambah bahawa setiap orang, terutama industri media, perlu bergerak seiring dengan masa dan menjadi celik internet.

Malah lebih penting lagi, kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambahan berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius,” katanya
Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis disebabkan tindakan segolongan manusia.

“Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat yang sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitkan dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Tags: internetPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd