• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Naik Kadar Tol 13 Lebuh Raya Akhir Tahun Ini

oleh
25/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ketika negara jirannya, Malaysia tidak menyaksikan peningkatan kadar tol lebuh raya sejak 2015, keadaan sebaliknya pula berlaku di Indonesia, menurut laporan media tempatan di sini.

Agensi pengurusan lebuh raya komersial Indonesia iaitu Badan Pengatur Jalan Tol (BPJT) bersetuju menaikkan tarif sembilan lagi laluan bertol selepas berjaya meluluskan tarif baharu terhadap empat lebuh raya sebelumnya.

Ketua BPJT, Herry Trisaputra Zuna menyatakan bahawa kenaikan melibatkan sembilan laluan itu paling cepat dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini setelah empat lebuh raya melaksanakan perkara sama baru-baru ini.

“Kami sedang melaporkan isu ini kepada Pak Menteri, selepas mendapati sembilan ruas (laluan bertol) ini sudah memenuhi standard perkhidmatan minimum ditetapkan pihak pemerintah,” katanya kepada pemberita semalam.

Laluan tersebut ialah Semarang Seksyen A, B dan C, Palimanan-Plumbon-Kanci, Surabaya-Gempol, Cawang-Tomang-Grogol-Pluit, Cawang-Tanjung Priok-Ancol-Pluit, Serpong-Pondok Aren, Ujung Pandang Tahap I dan II.

Tidak ketinggalan Nusa Dua-Ngurah Rai-Benoa di Bali. Sementara empat lebuh raya yang sudah dinaikkan kadar tolnya ialah Tangerang-Merak, Cikampek-Palimanan, Gempol-Pandaan serta Makassar Seksyen IV di Sulawesi.

Kenaikan tarif tol masing-masing antara enam hingga 12 peratus yang berdasarkan faktor pergerakan kadar inflasi dua tahun terakhir. Herry turut menambah: “Sekarang tinggal proses administrasi (pentadbiran) pemerintah saja.”

Pengendali lebuh raya bertol di Indonesia perlu memenuhi lapan kriteria utama ditetapkan pihak BPJT sebelum boleh mencadangkan kenaikan tarif antaranya keadaan jalan dan kepantasan tempuh kenderaan secara purata.

Turut diambil kira BPJT ialah aksesibiliti laluan, kelancaran pergerakan pemandu, tahap keselamatan pengguna daripada risiko penjenayah, unit pertolongan kecemasan, keadaan lingkungan lebuh raya serta tempat istirahat.

“Operator perlu memenuhi semua kriteria paling minimum 87.5 peratus. Jika gagal, permohonan akan ditunda selama 90 hari. Setelah itu diajukan kembali laporan penambahbaikan dan disemak ulang oleh BPJT,” jelas Herry.

Indonesia ketika ini ada jaringan lebuh raya secara keseluruhan sepanjang hampir 1,000 kilometer kebanyakannya di Pulau Jawa, dan merancang pembinaan laluan bertol sejauh 3,000 kilometer lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd